Media Coverage

image
ZURAIDA Kamaruddin (kanan), dan Radzi Tajuddin pada sidang akhbar Persidangan Hartanah Hi Home 2019, di Kelab Tasik DiRaja hari ini.- UTUSAN ONLINE/ SHIDDIEQIIN ZON

Hi HOME TAWAR RUMAH MURAH

KUALA LUMPUR, 10 Julai : Lebih 30 projek perumahan di seluruh negara akan ditawarkan dengan harga 30 peratus lebih murah menerusi Ekspo Hartanah Online Hi Home 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Hartabumi.com, Radzi Tajuddin berkata, ekspo yang dijangka diadakan pada 25 Julai ini akan menawarkan sebanyak 36 daripada 100 projek perumahan pada harga kurang daripada RM300,000.

“Hi Home merupakan platfom untuk kebanyakan pembeli rumah dan kita berbincang harga untuk sesetengah pakej harga, dianggarkan diskaun boleh sehingga 30 peratus.

“Jadi sesiapa yang ingin membeli rumah melalui platform kami hihomes.my akan dapat berlainan harga,” katanya dalam sidang akhbar majlis pelancaran Persidangan Hartanah Hi Home 2019 di Kelab Tasik Diraja, Taman Tasik Perdana, di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan disokong oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Top
logo2